Konsep Unsur HTML

Unsur lwn. tag

Seperti yang difahami secara umum, kedudukan unsur ditunjukkan sebagai bermula dari teg pemula dan ditamatkan teg penamat.[1] Ini adalah kes bagi kebanyakan situasi, tetapi bukan semua unsur dalam dokumen HTML. Perbezaan ini secara khusus ditekankan dalam spesifikasi HTML 4.01:

Unsur bukan tag. Sebilangan orang merujuk kepada unsur sebagai tag (cth., "tag P"). Perlu diingatkan bahawa unsur ialah satu benda, dan tag pula (tag pemula atau penamat) adalah satu benda lain. Sebagai contoh, unsur HEAD sentiasa ada, meskipun tag-tag HEAD mungkin tiada dalam penulisan.[1]

Dalam sintaks HTML, kebanyakan elemen ditulis dengan teg pemula dan teg penamat, dengan kandungan di antaranya. Teg HTML terdiri daripada nama elemen, dikelilingi oleh kurungan sudut. Teg penamat juga mempunyai garis miring selepas kurungan sudut pembukaan, untuk membezakannya daripada teg mula. Sebagai contoh, perenggan, yang diwakili oleh elemen <p>, akan ditulis sebagai: